Fungsi Lower Arm
Tahukah anda ‘lower arm’ adalah komponen kenderaan yang tergolong dalam kategori suspension system. Ianya berada dalam kategori yang sama bersama-sama dengan tayar, shock absorber, spring dan linkages.Ia berfungsi sebagai pemegang tayar kepada kerangka kereta dan bushing untuk memastikan tayar dalam keadaan betul serta mengekalkan keupayaan stabil pembelokan kiri dan kanan.
Model dan bentuk lower arm ini juga bermacam-macam bergantung dari rekaan dan jenis suspensi yang digunakan, seperti contohnya untuk suspensi double wishbone, umumnya lower arm memiliki model dan bentuk seperti huruf A.
Bagi suspense jenis Macpherson biasanya menggunakan lower arm yang berbentuk seperti huruf L. Selain daripada itu, bagi model suspensi lain, lower arm terdapat juga dalam bentuk huruf A dan I .
Perhatikan pada model lower arm dibawah ini :
Fungsi utama lower arm :
a) Menyambung bahagian knuckle, iaitu merupakan komponen tempat dimana roda (ban dan velg) dipasang berikut dengan hub dan komponen rem.
b) Mengawal pergerakan roda bergerak ke atas dan ke bawah serta maju dan mundur akibat efek gerak dari pengemudian akan dibatasi gerakannya oleh lower arm ini.
c) Memastikan kedua roda depan atau belakang dapat membelok dengan kadar sama.